Misha
sinkap kembali tabir ingatannya. Sharon. Manis nama itu, semanis
orangnya. Dialah kawan karib Misha yang selalu diingatannya. Sudah enam
tahun mereka mengenali antara satu sama lain. Kegembiraan dan keperitan
hidup di alam remaja mereka melalui bersama. Tetapi semua itu hanya
tinggal kenangan sahaja. Misha kehilangan seorang sahabat yang tidak ada
kalang-gantinya.
Peristiwa itu berlaku dua tahun yang
lalu. Sewaktu itu mereka sedang berada di kantin sekolah. Misha sedang
marahkan Sharon kerana mengambil pena kesukaannya tanpa izinya dan
menghilangkannya.
Apabila Misha bertanya, dia hanya berkata
yang dia akan menggantikannya. Misha tidak mahu dia menggantikannya.
Kerana pena yang hilangtu berlainan dengan pena yang akan diganti oleh
Sharon. Pena yang hilang itu adalah hadiah daripada Sharon sewaktu
mereka pertama kali menjadi sepasang kawan karib.
"Aku tak
mahu kau menggantikannya! Pena yang hilangtu berharga bagiku! Misha
memarahi Sharon." " Selagi kau tak jumpa penatu, selagi itulah aku tak
akan bercakap dengan kau!" Marahnya Misha pada Sharon. Meja kantintu di
hentaknya dengan kuat hingga terkejut Sharon. Misha yang mukanya memang
kemerah-merahan, bila marah bertambahlah merahlah mukanya. Sharon dengan
keadaan sedih dan terkejut hanya berdiamkan diri lalu beredar dari
situ. Misha tahu Sharon berasa sedih mendengar kata-katanya itu. Misha
tidak berniat hendak melukainya tetapi waktu itu dia terlalu marah dan
tanpa dia sedari, mutiara jernih membasahi pipinya.
"Sudah
beberapa hari Sharon tidak datang ke sekolah. Aku merasa risau. Adakah
dia sakit? Apa yang terjadi" Berkata-kata Misha seorang diri. Benak
fikirannya diganggu oleh seribu satu pertanyaan "EH! Aku nak pergi
kerumahnyalah" Berbisik Misha di hatinya. Tetapi niatnya berhenti di
situ. Dia merasa segan. Tiba-tiba talipon dirumah Misha berbunyi
"Ring,riiiiiiiing,riiiiiiiiing,riiiiiiiing"Ibu Misha yang menjawab
panggilan itu."Misha, oh, Misha "Teriak ibunya. "Cepat, salin baju. Kita
pergi rumah Sharon ada sesuatu berlaku. Kakaknya Sharon talipon suruh
kita pergi rumahnya sekarang jugak" Suara ibu Misha tergesa-gesa
menyuruh anak daranya cepat bersiap. Tiba-tiba jantung Misha bergerak
laju. Tak pernah dia merasa begitu. Dia rasa tak sedap. Ini mesti ada
sesuatu buruk yg berlaku. "Ya Allah, kau tenteramkanlah hatiku. Apapun
yang berlaku aku tahu ini semua ujianmu. Ku mohon jauhilah segala
perkara yang tak baik berlaku. kau selamatkanlah sahabatku." Berdoa
Misha pada Allah sepanjang perjalanannya ke rumah Sharon.
Apabila tiba di sana, rumahnya dipenuhi dengan sanak -saudaranya.
Misha terus menuju ke ibu Sharon dan bersalaman dengan ibunya dan
bertanya apa sebenarnya yang telah berlaku. Ibunya dengan nada sedih
memberitahu Misha yang Sharon dilanggar lori sewaktu menyeberang jalan
berdekatan dengan sekolahnya." Dia memang tidak sihat tapi dia berdegil
nak ke sekolah. Katanya nak jumpa engkau. Tapi hajatnya tak sampai.
Sampai di saat dia menghembuskan nafasnya, kakaknya yang ada disisinya
ternampak sampul surat masa ada dia gengam ditangannya" terisak-isak
suara ibu Sharon menceritakan pada Misha sambil menghulurkan surat yang
Sharon beriya-iya sangat ingin memberikannya pada sahabatnya.
Didalam sampul surat itu terdapat pena kesukaanku. Disitu juga terdapat notadaripadnya.
MISHA SHARMIN,
AKU MINTA MAAAF KERANA MEMBUAT KAU MARAH
KERANA TELAH MENGHILANGKAN PENA KESUKAANMU. SELEPAS ENGKAU MEMARAHI AKU,
AKU PULANG DARI SEKOLAH SEWAKTU HUJAN LEBAT KERANA INGIN MENCARI
PENAMU.DI RUMAH AKU TAK JUMPA.TAPI AKU TAK PUTUS ASA DAN CUBA
MENGINGATINYA DAN AKU TERINGAT, PENATU ADA DI MEJA SCIENCE LAB . ITUPUN
AGAK LAMBAT AKU INGIN KESEKOLAH KERANA BADANKU TAK SIHAT TAPI DENGAN
BANTUAN SITI DIA TOLONG CARIKAN. PENATU SITI JUMPA DIBAWAH MEJAMU.
TERIMA KASIH KERANA TELAH MENGHARGAI PEMBERIANKU DAN PERSAHABATAN YANG
TERJALIN SELAMA SETAHUN. TERIMA KASIH SEKALI LAGI KERANA SELAMA INI
MENGAJARKU TENTENG ERTI PERSAHABATAN.
SHARON OSMAN.
Kolam mata Misha dipenuhi mutiara jernih yang akhirnya jatuh
berlinangan dengan derasnya.Kalau boleh ingin dia meraung sekuat
hatinya. Ingin dia memeluk tubuh Sharon dan memohon maaf padanya tapi
apakan daya semuanya dah terlambat. Mayat Sharon masih di hospital.
Tiba-tiba dentuman guruh mengejutkan Misha daripada lamunan. Barulah dia
sedar bahawa dia hanya mengenangkan kisah silam. Persahabatan mereka
lebih berharga daripada pena itu. Misha benar-benar menyesal dengan
perbuatannya. Dia berjanji tak akan membenarkan peristiwa ini berulang
kembali. Semenjak itu Misha rajin bersolat dan selesai solat dia akan
membaca al quran dan berdoa dan bersedekahkan ayat-ayat al quran kepada
sahabatnya. Dengan cara ini sahajalah yang dapat Misha balas balik
jasanya Sharon dan mengeratkan persahabatanya. Semoga dengan kalam Allah
Sharon akan bahagia di alam baza.
CERPEN WENDI.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar